Hai semua! Hari ini, saya ada latihan untuk pertandingan drama melayu. Walaupun saya berasa sedikit letih, saya sangat gembira yang saya dapat menyertai pertandingan. Drama itu adalah drama tentang Puteri Gunung Ledang. Saya membawa watak sebagai seorang nenek. Saya harus berdiri seperti seorang nenek, bertutur seperti seorang nenek dan semuanya seperti seorang nenek. Semua itu diajar oleh Cikgu Aisha, Cikgu Amy dan Encik Saiful. Encik Saiful pernah berlakon di drama televisyen. Dia mengajar saya dan kawan-kawan saya yang lain cara untuk kami berdiri, bertutur, berpantun dan banyak lagi. Tetapi, saya mempunyai sesuatu masalah. Saya harus bertutur lebih kuat supaya penonton-penonton dan pengadil dapat dengar apa yang saya katakan. Encik Saiful mengajar kami cara untuk mengatakan, 'a,e,i,o dan u'. Dia juga mengatakan yang jika kami hendak berlakon, suara kami harus keluar dari perut. Kita harus menarik nafas dengan menggunakan perut. Selepas itu, lepaskan nafas itu. Tips-tips yang telah diajar sangat bagus. Saya tidak sabar untuk latihan seterusnya Sabtu ini! Bye semuanya! :D
Labels: Latihan pertandingan drama