Artikel ini membuat saya lebih tertarik untuk belajar Bahasa Melayu dengan mendalam. Kalau boleh, saya pun ingin menjadi peguam seperti mereka. "Kedua-duanya adalah peguam dan merupakan sahabat baik. Kedua-duanya juga aktif dalam dunia aktiviti Melayu, khasnya yang melibatkan pelajar dan remaja." Saya sangat kagum yang ada juga orang yang perpangkat tinggi seperti mereka yang masih lagi menggunakan bahasa ibunda. Selalunya, orang seperti mereka selalu merendah-rendahkan Bahasa Melayu mereka. Mereka tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian kerana sebagai contoh, untuk menjadi seorang doktor, kami harus mengambil Bahasa Ibunda yang lebih tinggi (Higher Mother Tounge). Jadi kami tidak harus lihat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lebih rendah statusnya di sini seperti dikatakan oleh Cik Guy.Bagi saya, saya berbangga dengan kedua peguam itu.