Saya ada berita baik yang saya ingat memberitahu anda semua. Anda semua ingat tak Pertandingan Drama yang saya menyertai? Sabtu lalu, saya dan kawan-kawan saya pergi ke Sekolah Menengah Bedok View untuk pertandingan itu. Baru semalam, Cikgu Aisha dan Cikgu Amy memberitahu kami semua yang kami dapat masuk ke final! Saya dan kawan saya, Kamelia, terlompat-lompat macam monyet dan terpekik-pekik kegembiraan! Kami tidak sangka yang kami dapat masuk ke final. Apapun, ia bukan bererti yang kami boleh berehat dan tidak melakukan apa-apa. Kami semua harus bekerja lebih keras untuk menjadi Juara! Saya tidak sabar untuk ke final di Sekolah Menengah Bedok View, Sabtu depan, 31hb Julai 2010. Saya harap anda semua dapat mengharapkan yang kumpulan saya dapat menjadi juara ya? Sampai di sini sahaja, bye!Labels: Berita sangat baik