<body>


Profil
NurZalifah
Nama saya Nur Zalifah. Saya berumur 12 tahun. Saya suka bahasa Melayu.

Komen


Link
Blog pertandingan blogging
Hilmi Emran

Arkib
Hari-hari yang sangat gembira
  • July 2010


  • KREDITS
    Layout: materialisti-c
    Inspirations: exquisite♥

    Video pantun
    Date / Time : Friday, July 30, 2010 / 6:38 AM

    Hai semuanya! Hari ini saya akan menunjuk anda semua video yang saya rekod. Video itu adalah video kawan saya, Kamelia, mendeklamasikan pantun ciptaannya. Harap anda terhibur.


    Saya juga ada lagi satu video. Ia adalah Asyraf yang bersyair dengan pertolongan Seri dan kawan-kawan saya yang lain. Maaf kerana saya tidak boleh meletakkan video itu disini. Akan tetapi, anda boleh pergi ke lelaman web ini: http://www.facebook.com/efahlovesss#!/video/video.php?v=141756689185345&ref=mf

    Labels:


    Berita baik!
    Date / Time : Wednesday, July 21, 2010 / 3:12 AM
    Saya ada berita baik yang saya ingat memberitahu anda semua. Anda semua ingat tak  Pertandingan Drama yang saya menyertai? Sabtu lalu, saya dan kawan-kawan saya pergi ke Sekolah Menengah Bedok View untuk pertandingan itu. Baru semalam, Cikgu Aisha dan Cikgu Amy memberitahu kami semua yang kami dapat masuk ke final! Saya dan kawan saya, Kamelia, terlompat-lompat macam monyet dan terpekik-pekik kegembiraan! Kami tidak sangka yang kami dapat masuk ke final. Apapun, ia bukan bererti yang kami boleh berehat dan tidak melakukan apa-apa. Kami semua harus bekerja lebih keras untuk menjadi Juara! Saya tidak sabar untuk ke final di Sekolah Menengah Bedok View, Sabtu depan, 31hb Julai 2010. Saya harap anda semua dapat mengharapkan yang kumpulan saya dapat menjadi juara ya? Sampai di sini sahaja, bye!

    Labels:


    Date / Time : Saturday, July 17, 2010 / 5:34 AM


    Hai semuanya! Saya baru sahaja membaca cyberita. Sila anda semua membaca sebahagian artikel di bawah ini.














    Untuk membaca seluruh artikel itu, sila pergi ke: http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,168700-1279317540,00.html?



    Artikel ini membuat saya lebih tertarik untuk belajar Bahasa Melayu dengan mendalam. Kalau boleh, saya pun ingin menjadi peguam seperti mereka. "Kedua-duanya adalah peguam dan merupakan sahabat baik. Kedua-duanya juga aktif dalam dunia aktiviti Melayu, khasnya yang melibatkan pelajar dan remaja." Saya sangat kagum yang ada juga orang yang perpangkat tinggi seperti mereka yang masih lagi menggunakan bahasa ibunda. Selalunya, orang seperti mereka selalu merendah-rendahkan Bahasa Melayu mereka. Mereka tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian kerana sebagai contoh, untuk menjadi seorang doktor, kami harus mengambil Bahasa Ibunda yang lebih tinggi (Higher Mother Tounge). Jadi kami tidak harus lihat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lebih rendah statusnya di sini seperti dikatakan oleh Cik Guy. Bagi saya, saya berbangga dengan kedua peguam itu.

    Video
    Date / Time : Thursday, July 15, 2010 / 7:36 AM
    Video itu sangat lucu. Tetapi, kita harus bercakap dengan Bahasa Baku Melayu. Saya salalu terfikir bagaimana bahasa pasar ditimbulkan. Hmm, apa yang anda fikirkan?

    Labels:


    Pantun teka-teki!
    Date / Time : Tuesday, July 13, 2010 / 8:41 AM
    Buah langsat buah ciku,
    Sedap dimakan seorang diri,
    Cubalah teka wahai kawanku,
    Buah apa di luarnya berbiji.
    Diambil dari: Buku sekolah

    Jawapannya ialah buah strawberi. Saya sangat suka teka-teki. Pantun teka-teki bukan saja menolong kami untuk berfikir tentang jawapannya, tetapi, bahasa kita juga. Saya sangat suka Pantun teka-teki.

    Labels:


    Latihan pertandingan drama kedua
    Date / Time : Monday, July 12, 2010 / 8:41 AM
    Anda semua ingat tak pos yang saya mengatakan Sabtu ada latihan pertandingan drama? Saya sangat suka dengan latihan yang kedua. Kami semua sangat gembira. Saya pun sudah boleh mengingati skrip yang diberikan. Ia agak senang untuk diingat. Tetapi, jika berada di depan seseorang untuk bercerita, skrip yang sudah diingat sumuanya hilang dari otak. Okey, di bawah adalah gambar-gambar yang diambil oleh Cikgu Aisha. Kawan-kawan saya yang menyertai pertandingan ini adalah, Kamelia, Asyraf, Raihan, Shah Rizq dan Harashsta. Shah Rizq tiada di dalam gambar-gambar di bawah.

    Labels:


    Lagu Bulan Bahasa
    Date / Time : Friday, July 9, 2010 / 7:57 AM
    Hai semua!
    Lihat video di bawah ini!
    Align Center


    Saya rasa lirik lagu ini bagus kerana ia menyuruh kami bertutur dengan bahasa ibunda kami. Dengan Taufik Batisah penyanyi lagu ini, siapa yang tidak ingin mendengar kata-katanya? Hehhehe.

    Labels:


    Latihan pertandingan drama
    Date / Time : Thursday, July 8, 2010 / 8:53 PM
    Hai semua! Hari ini, saya ada latihan untuk pertandingan drama melayu. Walaupun saya berasa sedikit letih, saya sangat gembira yang saya dapat menyertai pertandingan. Drama itu adalah drama tentang Puteri Gunung Ledang. Saya membawa watak sebagai seorang nenek. Saya harus berdiri seperti seorang nenek, bertutur seperti seorang nenek dan semuanya seperti seorang nenek. Semua itu diajar oleh Cikgu Aisha, Cikgu Amy dan Encik Saiful. Encik Saiful pernah berlakon di drama televisyen. Dia mengajar saya dan kawan-kawan saya yang lain cara untuk kami berdiri, bertutur, berpantun dan banyak lagi. Tetapi, saya mempunyai sesuatu masalah. Saya harus bertutur lebih kuat supaya penonton-penonton dan pengadil dapat dengar apa yang saya katakan. Encik Saiful mengajar kami cara untuk mengatakan, 'a,e,i,o dan u'. Dia juga mengatakan yang jika kami hendak berlakon, suara kami harus keluar dari perut. Kita harus menarik nafas dengan menggunakan perut. Selepas itu, lepaskan nafas itu. Tips-tips yang telah diajar sangat bagus. Saya tidak sabar untuk latihan seterusnya Sabtu ini! Bye semuanya! :D

    Labels:


    Pantun!
    Date / Time : Monday, July 5, 2010 / 7:00 PM
    Buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    saya budak baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan


    Saya suka pantun itu. Kalau tidak salah saya, pantun itu juga pernah didendangkan. Pada pendapat saya, pantun itu sangat menarik. Pada pendapat saya juga, pantun itu direka khas untuk murid darjah satu ataupun seorang yang baru sahaja memasuki sekolah yang baru.


    Labels:


    Sangat melucukan!
    Date / Time : Saturday, July 3, 2010 / 5:30 PM

    Gambar di bawah itu sangat melucukan! Orang yang menulis tanda itu hendak menulis "Produk", dia tertulis "Produck". Dia juga tertulis "sehinga". Dia sepatutnya menulis "sehingga"

    Gambar didapat di: http://www.writingconsultation.com/bad-spelling/

    Labels:


    Introduksi
    Date / Time : Thursday, July 1, 2010 / 8:45 AM
    Hai semuanya! Nama saya Nur Zalifah dan saya adalah dari Sekolah Rendah Huamin. Saya pula darjah enam dan berumur dua belas tahun. Saya akan blog di blog ini sepanjang Bulan Julai ini, iaitu Bulan Bahasa Melayu! Saya sangat gembira untuk mendapat peluang sebegini. Ini blog pertandingan itu: http://pertandinganblogging2010.blogspot.com/
    Saya ingin mengakhiri blog pos ini dengan serangkap pantun yang saya cuba mereka untuk anda.

    Ini adalah pertama kali,
    saya blog, di blog ini,
    Jika awak tidak puas lagi,
    Datanglah semula esok hari.




    Saya harap itu adalah percubaan yang baik! ;D

    Labels: