NurZalifah
Nama saya Nur Zalifah. Saya berumur 12 tahun. Saya suka bahasa Melayu.
Profil
NurZalifah Nama saya Nur Zalifah. Saya berumur 12 tahun. Saya suka bahasa Melayu. Komen Link Arkib Hari-hari yang sangat gembira KREDITS |
Video pantun Date / Time : Friday, July 30, 2010 / 6:38 AM Hai semuanya! Hari ini saya akan menunjuk anda semua video yang saya rekod. Video itu adalah video kawan saya, Kamelia, mendeklamasikan pantun ciptaannya. Harap anda terhibur. Saya juga ada lagi satu video. Ia adalah Asyraf yang bersyair dengan pertolongan Seri dan kawan-kawan saya yang lain. Maaf kerana saya tidak boleh meletakkan video itu disini. Akan tetapi, anda boleh pergi ke lelaman web ini: http://www.facebook.com/efahlovesss#!/video/video.php?v=141756689185345&ref=mf Labels: Video pantun Berita baik! Date / Time : Wednesday, July 21, 2010 / 3:12 AM Saya ada berita baik yang saya ingat memberitahu anda semua. Anda semua ingat tak Pertandingan Drama yang saya menyertai? Sabtu lalu, saya dan kawan-kawan saya pergi ke Sekolah Menengah Bedok View untuk pertandingan itu. Baru semalam, Cikgu Aisha dan Cikgu Amy memberitahu kami semua yang kami dapat masuk ke final! Saya dan kawan saya, Kamelia, terlompat-lompat macam monyet dan terpekik-pekik kegembiraan! Kami tidak sangka yang kami dapat masuk ke final. Apapun, ia bukan bererti yang kami boleh berehat dan tidak melakukan apa-apa. Kami semua harus bekerja lebih keras untuk menjadi Juara! Saya tidak sabar untuk ke final di Sekolah Menengah Bedok View, Sabtu depan, 31hb Julai 2010. Saya harap anda semua dapat mengharapkan yang kumpulan saya dapat menjadi juara ya? Sampai di sini sahaja, bye! Labels: Berita sangat baik Date / Time : Saturday, July 17, 2010 / 5:34 AM Hai semuanya! Saya baru sahaja membaca cyberita. Sila anda semua membaca sebahagian artikel di bawah ini. Untuk membaca seluruh artikel itu, sila pergi ke: http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,168700-1279317540,00.html? Artikel ini membuat saya lebih tertarik untuk belajar Bahasa Melayu dengan mendalam. Kalau boleh, saya pun ingin menjadi peguam seperti mereka. "Kedua-duanya adalah peguam dan merupakan sahabat baik. Kedua-duanya juga aktif dalam dunia aktiviti Melayu, khasnya yang melibatkan pelajar dan remaja." Saya sangat kagum yang ada juga orang yang perpangkat tinggi seperti mereka yang masih lagi menggunakan bahasa ibunda. Selalunya, orang seperti mereka selalu merendah-rendahkan Bahasa Melayu mereka. Mereka tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian kerana sebagai contoh, untuk menjadi seorang doktor, kami harus mengambil Bahasa Ibunda yang lebih tinggi (Higher Mother Tounge). Jadi kami tidak harus lihat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lebih rendah statusnya di sini seperti dikatakan oleh Cik Guy. Bagi saya, saya berbangga dengan kedua peguam itu. Video Date / Time : Thursday, July 15, 2010 / 7:36 AM Video itu sangat lucu. Tetapi, kita harus bercakap dengan Bahasa Baku Melayu. Saya salalu terfikir bagaimana bahasa pasar ditimbulkan. Hmm, apa yang anda fikirkan? Labels: Video Pantun teka-teki! Date / Time : Tuesday, July 13, 2010 / 8:41 AM Buah langsat buah ciku, Diambil dari: Buku sekolah Jawapannya ialah buah strawberi. Saya sangat suka teka-teki. Pantun teka-teki bukan saja menolong kami untuk berfikir tentang jawapannya, tetapi, bahasa kita juga. Saya sangat suka Pantun teka-teki. Labels: Pantun teka teki Latihan pertandingan drama kedua Date / Time : Monday, July 12, 2010 / 8:41 AM Anda semua ingat tak pos yang saya mengatakan Sabtu ada latihan pertandingan drama? Saya sangat suka dengan latihan yang kedua. Kami semua sangat gembira. Saya pun sudah boleh mengingati skrip yang diberikan. Ia agak senang untuk diingat. Tetapi, jika berada di depan seseorang untuk bercerita, skrip yang sudah diingat sumuanya hilang dari otak. Okey, di bawah adalah gambar-gambar yang diambil oleh Cikgu Aisha. Kawan-kawan saya yang menyertai pertandingan ini adalah, Kamelia, Asyraf, Raihan, Shah Rizq dan Harashsta. Shah Rizq tiada di dalam gambar-gambar di bawah. Labels: Latihan pertandingan drama kedua Lagu Bulan Bahasa Date / Time : Friday, July 9, 2010 / 7:57 AM Hai semua! Lihat video di bawah ini! ![]() Saya rasa lirik lagu ini bagus kerana ia menyuruh kami bertutur dengan bahasa ibunda kami. Dengan Taufik Batisah penyanyi lagu ini, siapa yang tidak ingin mendengar kata-katanya? Hehhehe. Labels: Lagu Bulan Bahasa |